Jom Bina Semula Pusat Dakwah
PERKIM Pulau Pinang
Firman Allah
مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنُبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ
Maksudnya:
Perumpamaan orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai; pada setiap tangkai itu terdapat seratus biji.
(Surah al-Baqarah: 261)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Tuan/Puan yang dirahmati Allah,
Dari sebuah rumah teres yang pernah menjadi tapak aktiviti dakwah, marilah kita bersama meraih pahala berganda dengan bersama mengusahakan pusat dakwah yang baharu bagi membimbing lebih ramai saudara baru untuk hari esok.
Tidak semua kita mampu terlibat secara langsung dalam dakwah.. Namun, kita boleh membina sebuah pusat dakwah yang terus hidup dan berkembang..
Datang dengan persoalan akidah, cabaran keluarga, tekanan emosi, dan keperluan bimbingan. Ada yang sampai dibuang keluarga selepas memeluk Islam!
Pernahkah anda terfikir ke mana arah kaki mereka melangkah selepas itu? Di mana mereka hendak menumpang teduh untuk belajar Al-Fatihah yang pertama?
Soalnya di mana mereka hendak dibimbing secara selamat, selesa dan berterusan?
Selama lebih 50 tahun, PERKIM Pulau Pinang menjadi jawapannya!
Gambar hiasan aktiviti mualaf
PERKIM Pulau Pinang pernah memiliki sebuah bangunan sendiri di Jalan Burma. Di situlah saudara baru bertatih mengenal Islam, di situlah lafaz syahadah bergema, dan di situlah kebajikan asnaf disalurkan dengan penuh maruah.
Namun demi manfaat ummah yang lebih luas di peringkat nasional, bangunan tersebut rela kami lepaskan. Hasilnya penjualannya telah diserahkan sepenuhnya untuk pembelian Bangunan PERKIM Kebangsaan di Kuala Lumpur.
Kami rela mengorbankan "rumah" kami demi kelangsungan dakwah peringkat nasional.
Sejak tahun 2019, PERKIM Pulau Pinang menumpang kasih di sebuah rumah teres dua tingkat di Sungai Nibong.
Rumah ini bukan milik organisasi tapi adalah ihsan ibu bapa Pengerusi kami yang meminjamkan kediaman mereka sebagai pejabat sementara.
Walaupun tanpa bangunan rasmi, kami tetap menjalankan amanah:
"Bila dakwah semakin berkembang, makin terbatas pula ruangnya.. Dakwah tidak boleh menunggu, bangunan barulah jawapannya.."
Sekarang, bayangkan pula jika kami memiliki sebuah bangunan sendiri.
Bukan sekadar bangunan batu-bata, pusat ini dirancang untuk menjadi "Nadi Hidayah" yang lengkap dan inklusif.
Projek ini melibatkan pembinaan di atas Lot 4173 & 4635, Seksyen 5, Bandar Georgetown, P. Pinang yang dimiliki oleh PERKIM. Lokasi strategik ini bertujuan untuk menjadi tumpuan yang mudah diakses oleh saudara baru dan masyarakat Islam.
Sebuah Dewan Serbaguna satu tingkat yang akan berfungsi sebagai fasiliti utama untuk kemudahan dan kegunaan PERKIM Bahagian Negeri P. Pinang yang memuatkan pelbagai fasiliti utama:
Ruang luas yang berfungsi sebagai dewan syarahan dakwah dan dewan badminton untuk aktiviti riadah mualaf.
Ruang khusus untuk kelas Fardu Ain, bimbingan saudara baru, dan solat berjemaah yang lebih kondusif.
Tiga ruang pejabat yang efisien untuk urusan kebajikan, bimbingan, dan pendaftaran mualaf.
Ruang untuk menyantuni asnaf dan menyediakan jamuan bagi program-program kemasyarakatan.
Ruang pertemuan yang mesra untuk menyambut saudara baru dalam suasana yang harmoni.
Dengan adanya fasiliti ini, setiap program pendidikan, sukan, dan kebajikan dapat dijalankan di bawah satu bumbung milik kekal PERKIM Pulau Pinang.
Alhamdulillah, perancangan ini sudah berada di landasan yang tepat dengan status kelulusan rasmi:
Kelulusan Kebenaran Merancang pembinaan telah diterima daripada Majlis Bandaraya Pulau Pinang.
Permohonan Mengutip Dana Pembangunan telah diluluskan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.
Membina sebuah pusat dakwah bukanlah kerja kecil. Usaha ini adalah pelaburan jangka panjang untuk manfaat ummah. Bagi memastikan projek ini berjalan dengan terancang, telus dan berimpak tinggi, pembinaan Pusat Dakwah PERKIM Pulau Pinang dirangka melalui beberapa fasa utama sehingga ia siap sepenuhnya dan boleh terus digunakan.
Jumlah Keseluruhan Projek
Setiap fasa membawa kita selangkah lebih dekat kepada terbinanya sebuah pusat dakwah milik umat Islam bersama.
Sasaran: RM 2,400,000 (40% daripada keseluruhan projek)
Inilah fasa paling kritikal kerana merangkumi penyediaan tapak dan kerja struktur asas - langkah pertama yang membolehkan bangunan ini benar-benar bermula, bukan sekadar dirancang.
Menyediakan tapak dan struktur asas bagi memulakan pembinaan.
Pembinaan kerangka utama sehingga bangunan ini berdiri kukuh.
Pembinaan bahagian ruangan untuk kelas, bimbingan dan kebajikan dapat dijalankan dengan selesa.
Pembelian perabot dan kemudahan asas serta dana persediaan untuk operasi awal.
Sumbangan anda hari ini bakal menghidupkan permulaan sebuah pusat dakwah.
Soalan ini wajar dan kami percaya penderma berhak tahu ke mana amanah ini disalurkan.
Hakikatnya, bangunan ini bukan sekadar tempat berteduh. Ia adalah enabler dakwah.
Bukan kami mahukan kemewahan. Dengan adanya bangunan sendiri yang lebih besar dan selesa, sudah tentunya skop dakwah dapat diperluaskan lagi.
Dewan Serbaguna memberikan ruang yang lebih besar dan selesa untuk himpunan ilmu dan komuniti.
Pusat pendidikan & kaunseling memberi ruangan khas untuk kelas mengaji untuk bimbingan mualaf yang lebih privasi.
Membolehkan kami menganjurkan program dakwah dalam skala yang lebih besar.
Bantuan kebajikan dapat diurus dengan lebih sistematik.
Menjadi pusat aktiviti belia & komuniti Islam.
Imej Islam terbela dengan adanya sebuah mercu tanda dakwah yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti dakwah.
Bangunan ini bakal menjadikan dakwah lebih tersusun, berterusan dan ceria. Lebih penting lagi - bangunan ini dirancang untuk berkhidmat bukan hanya untuk hari ini, tetapi untuk puluhan tahun akan datang.
Sekali disumbang, pahalanya berterusan
Siap dibina, manfaatnya berpanjangan
Kenapa menyumbang pada tabung wakaf bangunan PERKIM ini mampu berikan saham akhirat yang sangat istimewa?
Mudah-mudahan..
مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرٍ فَاعِلِهِ
"Barangsiapa yang menunjukkan sesuatu kebaikan maka dia mendapat pahala sama seperti yang melakukannya." [Riwayat Muslim (1893)]
Mereka termasuk dalam al-mu'allafah qulubuhum yang disebut dalam al-Quran, dan menyediakan pusat dakwah untuk membimbing mereka adalah satu kemuliaan serta amal dakwah yang besar pahalanya.
إِنِّي لَأُعْطِي الرَّجُلَ وَغَيْرُهُ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْهُ، خَشْيَةَ أَنْ يَكُبَّهُ اللَّهُ فِي النَّارِ
"Sesungguhnya aku memberikan (bantuan) kepada seseorang, sedangkan orang lain lebih aku cintai daripadanya, kerana aku bimbang Allah akan menjerumuskannya ke dalam neraka." [Riwayat al-Bukhari & Muslim]
Tanah ini milik PERKIM. Selagi bangunan ini berdiri teguh, pahala akan terus mengalir masuk ke "akaun akhirat" anda nanti. Walau jasad sudah berpisah dari nyawa, "akaun akhirat" ini akan semakin bertambah nanti.
وَمَا تُقَدِّمُوا لِأَنْفُسِكُمْ مِنْ خَيْرٍ تَجِدُوهُ عِنْدَ اللَّهِ
Apa sahaja kebaikan yang kamu dahulukan untuk diri kamu, kamu akan mendapatinya di sisi Allah. (Surah al-Baqarah: 110)
Inilah sadaqah jariah yang akan melahirkan dakwah yang akan terus hidup, walaupun kita sudah lama tiada nanti..
مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ
"Tidaklah berkurang harta kerana sedekah." [Riwayat Muslim]
Kos pembinaan mencecah enam ringgit. Namun jika kita bersatu, tiada yang mustahil. Jom jadi sebahagian dari sejarah ini!
Pilih pakej wakaf yang anda inginkan sekarang:
Setiap kemampuan diterima, setiap niat dinilai Allah. Satu sumbangan hari ini. Pahala berterusan hingga ke akhirat.
Jika ada mempunyai sebarang persoalan boleh hubungi kami.
Dana ini dikhususkan untuk pembelian & pembangunan bangunan baharu PERKIM Pulau Pinang.
Hanya 10% sahaja akan digunakan untuk menampung kos operasi seperti pemasaran, pengurusan pejabat dan lain-lain perbelanjaan diluar jangkaan.
Ya. Dana diurus secara rasmi oleh pihak PERKIM Pulau Pinang. Segala laporan kutipan & perbelanjaan akan direkodkan untuk tujuan audit.
Ya. Nilai sedekah bukan pada jumlah, tetapi keikhlasan. Jangan tunggu kaya baru nak bersedekah. Tapi bersedekahlah, Allah akan buka pintu rezeki seluas-luasnya.
Ya. Perkembangan projek akan dimaklumkan dari semasa ke semasa di laman rasmi kami ini.
Boleh. Penyumbang boleh meniatkan sumbangan sebagai wakaf atas nama ibu dan ayah.
إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثٍ: صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
"Apabila manusia meninggal dunia, terputuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya." [Riwayat Muslim (1631)]
Tuan/Puan,
Kami dah lama mengimpikan bangunan baru yang dapat bantu perluaskan operasi dakwah PERKIM Pulau Pinang ini.
Bangunan ini akan berdiri lama selepas kita tiada. Dan setiap amal yang lahir daripadanya, akan terus menambah timbangan kita di akhirat nanti.
Hari ini, Allah memberi kita peluang menyumbang.
Esok lusa, kita belum pasti masih diberi kesempatan.
Bangunan ini mungkin tidak membawa nama kita, tetapi pahalanya akan mencari kita di akhirat.
وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ
"Dan apa sahaja yang kamu infakkan, maka Allah akan menggantikannya."
[Surah Saba': 39]
Klik di bawah dan jadilah sebahagian daripada sejarah dakwah Pulau Pinang.
KLIK UNTUK MENYUMBANG SEKARANG